Wednesday, September 20, 2006

MENCARI CINTA YANG HILANG..

"Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya." 3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih... lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. "Mengapa?" Dia bertanya dengan nada terkejut. "Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak. Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya. "Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan. "Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?" Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu. Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan... 'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya. "Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut." "Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang." "Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah." "Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu." "Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami." "Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu." "Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu." "Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang." "Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti." "Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti." Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi. "Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti." "Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku... biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia." Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya. Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. "Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini"

ref : http://almaslul.blogdrive.com

MAAFKAN..

Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamumenampalnya semula... Akhirnya ia dibuang....Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinyamungkin iamasih dapat dipergunakan lagi... Begitu juga jikakamu memiliki seseorang, TERIMALAHseadanya...Janganlah kamu terlalu mengaguminya danjanganlahkamu menganggapnya begitu istimewa...Anggaplahdia manusia biasa... Apabila sekali dia melakukanKESILAPAN Bukan mudah bagi kamu untukmenerimanya... akhirnya kamu KECEWA danmeninggalkannya... Sedangkan jika kamuMEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamuakan TERUShingga ke akhirnya.... Jika kamu telah memilikisepinggan nasi... Yang kamu pasti baik untukdirimu. Mengenyangkan...Berkhasiat... Mengapakamuberlengah, cuba mencari makanan yang lain…Terlaluingin mengejar kelazatan.

-Al Maslul-

PERNIKAHAN @ PERKAHWINAN

Sebuah karya yang sesuai untuk semua.. bagi yang bujang, boleh mengambil I'tibar.. bagi yang belum dan bakal berkeluarga, boleh belajar, bagi yang berkeluarga, perlu mengajar.. Untuk suami.. renungkanlah??. Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia?. Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah tidaklah setaqwa Aisyah pun tidak setabah Fatimah????.. Justeru isterimu ??hanyalah wanita akhir zaman yang punya Cita- cita menjadi solehah... Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama?? Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya?.. Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya?.. Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya ?. Isteri adalah murid kamu mursyidnya ?. Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya?. Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya..
Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa???.. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana?????
Justeru kamu akan tersentak dari alpa???
Kamu bukanlah Rasulullah saw?..
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah?? Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin.?.
Untuk isteri.. renungkanlah...
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia?. Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw?..
Tidaklah setaqwa Ibrahim?? Pun tidak setabah Ayyub atau pun
Segagah Musa?.. apalagi setampan Yusuf?. Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya
Cita cita membangun keturunan yang soleh... Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung kamu penghuninya? Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya???
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya? Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya? Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya..
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa?. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt?
Kerana memiliki suami yang tak segagah mana?.. Justeru kamu akan tersentak dari alpa?.
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga?.. Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara ?..
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin...
Justeru itu wahai para suami dan isteri?.jangan menuntut terlalu tinggi
seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya?.
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia rasulullah?.? Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha?? Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman?
DAN Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah??.

ref : http://almaslul.blogdrive.com

Monday, September 18, 2006

hidup ibarat kapal di tengah laut..
hati ibarat nakhoda yang mengemudi..
ilmu ibarat pelayaran yang tak berkesudahan..
sehingga pasti sebuah pelabuhan..
andai kapal yang berlayar
dikemudi nakhoda yang cetek ilmunya
maka tiada destinasi jelas perlayaran itu
mungkin berlabuh di destinasi aman
mungkin tiada destinasi pelabuhan
ia kelam bersama keraguan pelayarannya..
andai kapal yang belayar
dikemudi nakhoda yang tinggi ilmunya
destinasinya jelas..pelabuhannya pasti..
ia mengarah perlayaran dengan penuh keyakinan
kerna ia tahu disana ganjarannya terhampar luas..
ia berusaha dan berserah demi sebuah
kehidupan abadi..

-musafirahkelana-


Sunday, September 17, 2006

mengenali blog dari zu...

hari nie....

belajar baut blog sendiri

ha ha ha
mengong!

belajar ngan adik zu

hari ni baru tengok wajah dia nan ayu


tak sia-sia pertemuan yang diatur Allah

mudahan berkekalan....